? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 31, 2009

Adab Memilih Pasangan

Hadith sebagai galakkan kepada lelaki ialah :

قال صلى الله عليه وسلم للشباب: تنكح المرأة لأربع: لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها. فاظفر بذات الدين تربت يداك) رواه مسلم 
Maksud: Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.

Bagi orang perempuan pula : 


،للمرأة ووليها قالصلى الله عليه وسلم: (إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد 
 عريض رواه الترمذي وقال حديث حسن
Maksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.
Hadith pertama jelas menunjukkan ramai orang akan memilih tiga yang terawal. Harta, keturunan dan kecantikan. Sering melupakan yang keempat dengan janji keberuntungannya.

Apa ada pada harta?
Harta adalah sesuatu yang berada ditapak tangan, seseorang itu hanyalah sebagai pengurus kepada harta tersebut. Harta boleh hilang sekelip mata. Dulu kita ada rumah besar, kilang perniagaan besar, sekelip mata ditenggelamkan dik hujan. Kita punya BMW baru tadi berlanggar, kita punya duit dalam bank semalam bank itu diisytihar muflis. Malah kalau kita punya duit sedikitpun ia akan hilang bila dicuri. Lebih dasyat dari itu, kita takkan dapat menfaat sedikit pun jika USD100juta ditanam bersama mayat kita. Apa yang kau mahu dengan harta. "kau jangan kawin dengan orang miskin kau akan merana" "kau jangan kawin dengan orang kaya, kau akan dihinakan"Aku nak cari juga yang kaya, yang senang, aku boleh menfaat dari harta dia" takyah aku susah cari kerja. Kalau fikir nak menafaat dari harta dia,busuk sungguh hati kita, Ingatlah itu harta meraka, kamu tiada hak nak ambil hartanya. Aku tunggu pusakanya nanti, siapa pula yang menentukan mati, bagaimana kalau kita yang mati dulu. Satu hal lagi, masih cari pasangan pun dah pikir supaya pasangannya nanti mati, bagaimana nak aman rumahtangga?Bukan tak boleh fikir tentang harta, tapi berpada-padalah. Jangan sampai kita tenggelam dengan alasan yang direka. 


Apa ada pada keturunan?
في الحديث: "من تزوج امرأة لحسبها، لم يزده الله بها إلا ذل
"Maksud: Siapa yang mengahwini perempuan kerana keturunannya, Allah tidak akan menambah dengan keturunan itu kecuali kehinaan.Terdapat mereka yang mencari pasangan dengan mementingkan soal keturunan. Itu keturunan dia, yang kita nak sibuk dangan keturunan orang lain kenapa? Adakah dia minta dilahirkan begitu, semua itu ditentukan oleh Allah Taala. Tiada siapa yang boleh bangga dengan keturunannya. Seorang anak raja tidak pernah berdoa sebelum ia lahir agar dilahirkan sebagai keturunan raja. Bertakwalah kepada Allah.
 

Apa ada pada kecantikan?

Kalau tak cantik takde nafsu lah? satu jawapan yang lojik. Tapi perlukah kita kepada logik sedangkan banyak dalil yang menunjukkan kecantikan bukan segalanya dari Al-quran, hadis , pepatah "Cinta itu buta" sehingga kita semua jenis manusia mampu berpasang sedangkan mereka mempunyai kecacatan sendiri.Kecantikan mungkin akan hilang dalam sekelip mata dan pasti akan beredar mengikut usia.Selain itu, cuba ditanyakan, dimana kecantikkan wanita itu? dimukanya atau fizikalnya, nescaya yang waras akan menjawab pada akhlaknya. Tapi kenapa alasan anda menjadi tidak waras apabila memilih kecantikan fizikal perempuan itu. Anda kena akui bahawa anda tetap akan tertarik sekiranya berjalan dibelakang seorang perempuan, walaupun seburuk mana wanita itu malah makyah pun boleh memperdayakan seseorang.Sejauh mana tarikan dari wanita itu? jangan bimbanglah jika dari pandangan mata, kita tak tertarik lansung dengan seseorang wanita. Hakikatnya perempuan yang berakhlaklah yang menjadikan hubungan anda lebih intim.Jangan sampai keutamaan kepada kecantikan membelakang segalanya.
 

Apa ada pada agama?

Agamalah segala-galanya. Sekiranya kita berharta, tidak pula dia boros Sekiranya tidak berharta, tidak pula dia bersungut. Dialah yang bakal menjaga keturunan yang mendoakan kita sewaktu kita tiada.Dialah yang menjaga kecantikan dan budi pekerti keturunan kita. Kecantikan akhlaknya sentiasa subur dihati.



Bagi perempuan, Sabda Rasullah saw:

 
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض رواه الترمذي وقال حديث حسن
Maksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.
Walaupun keadaan hadis ini ditujukan kepada aulia/penjaga/wali, Namun asas kepada pemilihan bagi wanita itu adalah agama, dan yang kedua akhlak. Sekiranya ada yang masih memikirkan kepentingan yang lain lebih dari dua perkara diatas nescaya rugi, dan amat rugi, malah bakal menimbulkan masalah yang lebih besar dalam masyarakat.

Walahualam.

HUKUM perkahwinan

Hikmah perkahwinan adalah menjaga manusia dari perkara yang haram, menjaga manusia dari pupus dengan melahirkan anak, mendirikan keluarga dan memelihara masyarakat, berkerjasama dalam masyarakat, berkerjasama dalam rumahtangga dan menguatkan hubungan kekeluargaan.

Hukum Perkahwinan dari segi syarak dinilai dari segi keadaan manusia itu sendiri samada melaksanakan perkahwinan atau meningggalkannya.



Pertama: Fardu (Wajib). Apabila yakin seseorang itu akan melakukan zina, ia pula mampu menyara rumahtangga (seperti mahar dan nafkah isteri), dan ia tidak mampu untuk menahan diri dengan berpuasa. Kaedah "Apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengan ia, maka ianya wajib" . Jumhur Ulama' berpendapat Fardu dan Wajib adalah sama. Pendapat dalam Mazhab Hanafi, wajib kawin jika seseorang itu ragu-ragu terjerumus melakukan maksiat. Tetap ia mampu menyara dan menjaga rumahtangga.



Kedua: Haram. Apabila yakin seseorang itu, akan menzalimi dan memudaratkan perempuan, dengan kelemahannya untuk menyara rumahtangga atau tidak adil dengan isteri yang lain. Kaedah "Apa yang mengarah kepada perkara haram, ia juga haram" . Jika bertembung antara hukum wajib dan hukum haram kena dahulukan yang hukum haram. Kaedah "Apabila berkumpul halal dan haram, mengalahkan haram akan yang halal" Ianya disokong dengan firman : (وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِه) an-Nur 33. dan Hadis arahan berpuasa (يا معشر الشباب), boleh jadi dengan usaha ini mengelak diri dari melakukan perkara yang haram.



Ketiga: Makruh. Apabila seseorang itu takut melakukan perkara yang keji tetapi tidak sampai ketahap yakin. Ia juga tidak berupaya menyara keluarga, dan menyusahkan rumahtangga, atau kurang bernafsu dengan perempuan. Tambahan dari Syafieyah, makruh bernikah dengan mereka yang sakit berpanjangan, nikah dengan tunang orang lain yang masih diterima tunangnya, nikah "cina buta" yang tidak diniatkan dan nikah penipu (Masuk Islam semata untuk bernikah).



Keempat: Harus dan Sunat. Apabila ia tidak kuatir terjerumus dalam zina, tidak juga menzalimi isterinya sekiranya berkahwin. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih: Nikah pada keadaan ini adalah harus, boleh dilakukan dan ditinggalkan,

Firman Allah Taala:( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء ) an-Nisa 3. Tidak diwajibkan berkahwin kerana Allah Taala mengaitkan kawin itu dengan (مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ). Ijma' Para ulama bahawa berpoligami itu tidak wajib.





Adakah Perkahwinan itu Ibadat?

Kahwin itu adalah Ibadah dan tuntutan agama sebagaimana hadis Nabi s.a.w. s.a.w. yang bermaksud : "Nikah adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak menginginkan (menyukai) sunnahku maka dia bukan dikalangankun(dikalangan ummat Nabi Muhamad s.a.w.). Ditambahkan lagi hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa : "Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya". Dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa kahwin itu adalah ibadah dan satu tuntutan serta kewajipan. Sekiranya kahwin itu tidak ibadah, masakan akan terdapat hukum pada perkahwinan itu halal, haram, makruh dan sunnah. Hukum halal, haram, makruh, sunnat dan harus hanya terdapat dalam urusan ibadah sahaja.

Sesetengah pendapat menegaskan bahawa perkahwinan bukan suatu ibadat, ia adalah amalan duniawi sahaja seperti jual-beli, dengan dalil, sahnya jual beli dengan orang kafir. Sekiranya jual beli itu ibadat maka tidak sah dengan orang kafir. Ibadat adalah amalan kerana Allah, adalah lebih baik amalan kerana Allah dengan amalan untuk diri sendiri.

Terdapat juga padangan yang mengatakan ia tetap ibadat kerana orang kafir juga boleh bersedekah untuk memakmurkan masjid. Bagi Muslim ia ibadat, bagi kafir ia bukan ibadat. Maka Nikah termasuk dalam ibadat disokong dengan maksud hadith "atas kemaluan diantara kamu, sedekah"

Melihat akan kelemahan hujjah diatas Imam Nawawi berkata "sekiranya ia tidak dapat beribadat selagi tidak berkahwin, dan mempunyai kemampuan, maka kahwin adalah yang terbaik. Supaya masa terluang tidak diisi dengan perkara mungkar. Sesungguhnya kahwin adalah kepada mereka yang perlu dan berkemampuan, jika tidak berkemampuan, harus ditinggalkan, dan patahkan syahwat dengan puasa.

Masih terdapat lagi perbincangan bagi mereka yang mahu berkahwin tetapi tidak mampu, Disana disarankan kepada penjaga (wali/bapa/datuk) membantu mereka untuk melunaskan belanja dan pakaian, supaya menjaga mereka dari berzina dan rosak. Membantu dengan cara : memulangkan maharnya, atau berkata jika kau kahwini dia aku bagi kau maharnya atau aku izinkan kau kahwin yang maharnya aku bayarkan.