? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 6, 2010

Malam Pertama....

   

                                    




Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh
        Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang
soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita
sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.


"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam
pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi
padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,
keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang
pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan
yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita
berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin
yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit
yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.


Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita
semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,
adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di
rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur
tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali
ke dunia, seraya membaca ayat:


"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat
amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah
Al-Mu'minun, ayat 99-100)


Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia
wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati
pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa
kepada Allah!


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut
yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas
kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah
engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai
saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari
Kiamat nanti?


Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh
itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya
Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

30 perkara tentang seorang WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.