? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 31, 2009

HUKUM perkahwinan

Hikmah perkahwinan adalah menjaga manusia dari perkara yang haram, menjaga manusia dari pupus dengan melahirkan anak, mendirikan keluarga dan memelihara masyarakat, berkerjasama dalam masyarakat, berkerjasama dalam rumahtangga dan menguatkan hubungan kekeluargaan.

Hukum Perkahwinan dari segi syarak dinilai dari segi keadaan manusia itu sendiri samada melaksanakan perkahwinan atau meningggalkannya.



Pertama: Fardu (Wajib). Apabila yakin seseorang itu akan melakukan zina, ia pula mampu menyara rumahtangga (seperti mahar dan nafkah isteri), dan ia tidak mampu untuk menahan diri dengan berpuasa. Kaedah "Apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengan ia, maka ianya wajib" . Jumhur Ulama' berpendapat Fardu dan Wajib adalah sama. Pendapat dalam Mazhab Hanafi, wajib kawin jika seseorang itu ragu-ragu terjerumus melakukan maksiat. Tetap ia mampu menyara dan menjaga rumahtangga.



Kedua: Haram. Apabila yakin seseorang itu, akan menzalimi dan memudaratkan perempuan, dengan kelemahannya untuk menyara rumahtangga atau tidak adil dengan isteri yang lain. Kaedah "Apa yang mengarah kepada perkara haram, ia juga haram" . Jika bertembung antara hukum wajib dan hukum haram kena dahulukan yang hukum haram. Kaedah "Apabila berkumpul halal dan haram, mengalahkan haram akan yang halal" Ianya disokong dengan firman : (وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِه) an-Nur 33. dan Hadis arahan berpuasa (يا معشر الشباب), boleh jadi dengan usaha ini mengelak diri dari melakukan perkara yang haram.



Ketiga: Makruh. Apabila seseorang itu takut melakukan perkara yang keji tetapi tidak sampai ketahap yakin. Ia juga tidak berupaya menyara keluarga, dan menyusahkan rumahtangga, atau kurang bernafsu dengan perempuan. Tambahan dari Syafieyah, makruh bernikah dengan mereka yang sakit berpanjangan, nikah dengan tunang orang lain yang masih diterima tunangnya, nikah "cina buta" yang tidak diniatkan dan nikah penipu (Masuk Islam semata untuk bernikah).



Keempat: Harus dan Sunat. Apabila ia tidak kuatir terjerumus dalam zina, tidak juga menzalimi isterinya sekiranya berkahwin. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih: Nikah pada keadaan ini adalah harus, boleh dilakukan dan ditinggalkan,

Firman Allah Taala:( فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِسَاء ) an-Nisa 3. Tidak diwajibkan berkahwin kerana Allah Taala mengaitkan kawin itu dengan (مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ). Ijma' Para ulama bahawa berpoligami itu tidak wajib.





Adakah Perkahwinan itu Ibadat?

Kahwin itu adalah Ibadah dan tuntutan agama sebagaimana hadis Nabi s.a.w. s.a.w. yang bermaksud : "Nikah adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak menginginkan (menyukai) sunnahku maka dia bukan dikalangankun(dikalangan ummat Nabi Muhamad s.a.w.). Ditambahkan lagi hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa : "Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya". Dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa kahwin itu adalah ibadah dan satu tuntutan serta kewajipan. Sekiranya kahwin itu tidak ibadah, masakan akan terdapat hukum pada perkahwinan itu halal, haram, makruh dan sunnah. Hukum halal, haram, makruh, sunnat dan harus hanya terdapat dalam urusan ibadah sahaja.

Sesetengah pendapat menegaskan bahawa perkahwinan bukan suatu ibadat, ia adalah amalan duniawi sahaja seperti jual-beli, dengan dalil, sahnya jual beli dengan orang kafir. Sekiranya jual beli itu ibadat maka tidak sah dengan orang kafir. Ibadat adalah amalan kerana Allah, adalah lebih baik amalan kerana Allah dengan amalan untuk diri sendiri.

Terdapat juga padangan yang mengatakan ia tetap ibadat kerana orang kafir juga boleh bersedekah untuk memakmurkan masjid. Bagi Muslim ia ibadat, bagi kafir ia bukan ibadat. Maka Nikah termasuk dalam ibadat disokong dengan maksud hadith "atas kemaluan diantara kamu, sedekah"

Melihat akan kelemahan hujjah diatas Imam Nawawi berkata "sekiranya ia tidak dapat beribadat selagi tidak berkahwin, dan mempunyai kemampuan, maka kahwin adalah yang terbaik. Supaya masa terluang tidak diisi dengan perkara mungkar. Sesungguhnya kahwin adalah kepada mereka yang perlu dan berkemampuan, jika tidak berkemampuan, harus ditinggalkan, dan patahkan syahwat dengan puasa.

Masih terdapat lagi perbincangan bagi mereka yang mahu berkahwin tetapi tidak mampu, Disana disarankan kepada penjaga (wali/bapa/datuk) membantu mereka untuk melunaskan belanja dan pakaian, supaya menjaga mereka dari berzina dan rosak. Membantu dengan cara : memulangkan maharnya, atau berkata jika kau kahwini dia aku bagi kau maharnya atau aku izinkan kau kahwin yang maharnya aku bayarkan.

4 comments:

shaf_eyra86 said...

apekah hukum utk diri cik lanun sdrik??sile jwb....hehe...aku ni xtola pe lg...haha

bulan said...

aku memang da terang2 hukum wajib...al maklum la kan...ehem2..hehe...tu lah da kna kawin cpat2 ni......

shaf_eyra86 said...

WAJIB??hehe...pjukle baba hg...cpt skit kawin..aku nk mai knduri hg gak...kang xsmpt lak...heee....

bulan said...

lau bleh pas ry ni dah aku nk kawin.....aku da ready da nk jd ibu ni...hehe.xpelah, aku kasi can kt ang kawin lu...aku nk jd mak andam ang tu....